Monday 14 May 2012

NURULs VILLA HOMESTAY


Selamat Berkunjung ke NURULs VILLA HOMESTAY!
(Juga dikenali sebagai NURULs HOMESTAY)
Kami menyediakan sebuah rumah banglo setingkat lengkap dengan kelengkapan asas membolehkan para tetamu dapat menikmati percutian dan keselesaan seperti berada di rumah sendiri... kerana keselesaan anda adalah keutamaan kami!!

Kami mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air
  • Bilik utama / keluarga : 
    •  1 katil king dan 1 katil bujang
    • almari baju, aircon, kipas
    • bilik air ( ada "water heater")
  • Bilik kedua/standard:
    • 1 katil bujang , 3 tingkat ( bahagian bawah boleh "slide")
    • almari baju, air con, kipas
  • Bilik ketiga/standard:
    • 1 katil queen
    • meja solek, aircon, kipas
  • Bilik keempat:telah ditambah baik dengan
    • 1 katil queen (mulai bulan Mac 2014)
    • Tilam dan bantal 
    • Aircon & Kipas ( mulai 23hb Mei 2014)
  • 3 bilik air : 2 mempunyai water heater ( termasuk di bilik keluarga)
  • Towel disediakan : maksimum 10 helai
Kelengkapan-kelengkapan  lain :
  • sofa dan meja kopi
  • meja makan 
  • televisyen (perkhidmatan Astro njoi bermula pada bulan Feb 2014)
  • dapur basah dan kering serta kelengkapannya
    • hud/hob 
    • gelas / cawan / mug
    • sudu/ garfu
    • pinggan / mangkuk
    • periuk /kuali
    • mikrowave
    • pembakar roti
    • periuk elektrik
    • cerek elektrik
  • peti sejuk
  • mesin basuh ( sabun basuh dan ampaian disediakan)
Cukup selesa untuk menempatkan 10 ORANG TETAMU ( berkatil). 
Tilam gulung kekabu dan bantal ekstra disediakan ( maksimum 15 orang tetamu /rumah)

Mempunyai halaman yang luas dan dapat memuatkan 3 buah kereta pada masa yang sama tanpa masalah dengan sistem pagar automatik.

Berada berhampiran dengan bandar Kota Bharu, lokasi strategik untuk ke tempat-tempat yang anda ingin lawati:
10 min ke Bandar Siti Khadijah, Pasar Buloh Kubu, Parkson Shopping Mall/Giant
10 min ke Lapangan Terbang , stesen teksi dan stesen bas KB
10 min ke Hospital Kota Bharu, Hospital Pakar Perdana
15 min ke Billion shopping mall ( sebelah Renaissance Hotel)
15-20 min ke HUSM, Bandar Baru Kubang Kerian
20-30 min ke Pasar Wakaf Che Yeh, Tesco
Lebih kurang 45min-1 jam - Pengkalan Kubur / Rantau Panjang

Banyak restoran berdekatan di sepanjang jalan seperti Yati Ayam Percik, Restoran Four Season, Restoran Satay Malaysia, Restoran D Mina dan lain-lain.
Kedai runcit dan mini market yang berdekatan seperti Mini market Billion ( kurang dari 5 min dengan kereta) dan Seven Eleven ( 5 min jalan kaki )
Berdekatan dengan Masjid Padang Bongor ( jalan kaki )